Saturday, October 16, 2010

TEORI SOSIAL DAN HUMANIS


·        Humanis
(Rogers)
  •            Mazhab Humanis berpendapat fitrah manusia mulia dan baik. Individu akan tumbuh  secara semula jadi jika persekitarannya sesuai.  Oleh itu  guru perlu mengikut keperluanpelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang bermakna.  Sekolah harus mengutamakan pendidikan afektif berasaskan ilmu pengetahuan.  Pembelajaran manusia bergantung kpd emosi dan perasaannya.

  • Ciri-ciri Teori Pembelajaran Rogers
               Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. ‡ Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi

  •   Prinsip Pendekatan Pendidikan Rogers                                                                                                                      Mengutamakan pendidikan berpusat pelajar.  Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn): Pemb merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity)  Pemb berlaku jika bahan pemb bermakna serta sama dgn obj pemb pelajar.  Keberkesanan pemb dicapai dlm situasi pendidikan yang kurang terancam.  Keberkesanan pem dicapai apabila pelajar mengambil initiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dlm aktiviti p&p. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pemb dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya  Aktiviti p&p hendaklah dkaitkan dgn hidup nyata demi memupuk kemahiran hidup pelajar. Pembelajaran paling berkesan = belajar bagaimana belajar (learning to learn).

·        Sosial
(Bandura )
Teori Pemodelan
Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.
Orang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian
tingkah laku model sebagai permodelan (modelling)

                          Tiga unsur utama  
Individu (Motivasi intrinsik)
Persekitaran (Rangsangan luaran)
Tingkah Laku (Tindak balas)
                             4 unsur utama
Perhatian (attentian)
Mengingat (retention)
Reproduksi (reproduction)
Peneguhan/Motivasi (reinforcement/motivation)


                                       Jenis- Jenis Peniruan
1. Langsung                                                                                     
      Meniru  tingkah  laku yang ditunjukkan oleh model  melalui  proses perhatian. Cth: meniru gaya penyanyi  yang  disanjungi.
2. Tak Langsung
  Melalui  imaginasi atau  pemerhatian  secara tidak langsung. ‡ Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya.
3.Gabungan
 menggabung  tingkah laku yang  berlainan‡Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya. ‡ Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja.

4. Sekat Laluan
 Tiru fesyen  pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah.

5. Tak Sekat  Laluan
 Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. ‡ Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

  

Jenis-jenis Model Peniruan /pemodelan
                         
Model yang lebih tua
·         Peniruan berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan,
kehormatan dan sebagainya yg dienikmati oleh model
tersebut.

Model yang berstatus tinggi
·         Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus
tinggi mendorong org dlm kelas sosial rendah meniru
tingkah laku tersebut.
Model yang mempunyai kecerdasan tinggi
·         Org kurang pintar menanjung dan memuja orang yang pintar.
Model yg terkenal dalam sesuatu bidang kepakaran
·         Ramai org kurang mahir berkecenderungan meniru model
yang pakar dalam sesuatu bidang spt pendidikan, doktor,
profesor dll.

 
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura               
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak  balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif



Implikasi Teori Pemodelan Bandura                                                       
             Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. ‡Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat. Produk guru seperti  kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi.  Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

No comments:

Post a Comment