Thursday, October 28, 2010

Teknik penilaian /ujian


KONSEP PENGUJIAN
  Satu teknik untuk mendapatkkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang
  ujian satu set soalan atau tugasan yang memerlukkan seseorang bertindak balas

Tujuan pengujian
  Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai
 Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
  Menentukan penempatan murid ikut kebolehan
  Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

Jenis-jenis item ujian objektif
Item pilihan jawapan bebas
  Item pilihan jawapan tetap


PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF
Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu jenis bekalan dan jenis pilihan
Ujian  Esei/Subjektif
 Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
 Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
  Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan  (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektif

Jawapan pendek
Soalan  berstruktur
 Soalan esei

Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbulkan kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru berikan di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.


Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Ujian Sumatif
 Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat  tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.





No comments:

Post a Comment