Friday, October 22, 2010

MODEL ROBERT GLAZER,SIM ,TABA,LATIHAN TERUS,INKUIRI,ASSURE,ADDIE


Model Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen
utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar,
kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan
maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif
pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia
ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih
berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala
proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,
agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina
berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Model Sim
 Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses
pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara
beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga
objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran
sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan
murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu
persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran
harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan muridmurid.
Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser
ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara
guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat
dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur
persekitaran seperti keadaan bi darjah yang kondusif sesuai
dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.
Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut,
interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan
persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya,
keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap
optimum.

Model Taba
 Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahanbahan
pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan
dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang
pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran
atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui
empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta
dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,
menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan
memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau
kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori
itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya,
dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang
pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,
konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai.

Model Latihan Terus
Model Arahan Terus pula merupakan satu model
pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar
mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang
boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini
juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model
Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk
merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan
berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan
sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga
berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran
langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek
pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh
guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan
kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri
terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan
guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak
diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai
bidang khususnya bidang pendidikan.
Model ASSURE
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada P&P di bilik darjah dan ditujukan khas kepada setiap pengajar.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu :

A -  Analisis pelajar (analyse learner)

S -  Nyatakan objektif ( state objective)

S -  Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials)

U -  Gunakan media dan bahan ( utilise media dan materials)

R -  Galakkan penglibatan murid ( required learner participation)

E -  Penilaian dan semak ( evaluatioan and revise)


Model ADDIE
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Ia mengandungi lima peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:
Analisis
Rekabentuk
 Pembangunan
 Pelaksanaan
Penilaian
                                                Rajah : Model ADDIE
                               
 
Analisis
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran  pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat  beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
Apakah pilihan  bentuk penyampaian pembelajaran?
Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Reka bentuk
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk
Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
Membangunkan papan cerita
Mereka bentuk  antara muka
Membangunkan prototaip
Menggunakan reka bentuk visual

Pembangunan
Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
 
Pelaksanaan
Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.
Penilaian
Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.
 Definisi Multimedia
 Menurut Rosenberg (1993) multimedia adalah gabungan imej statik, bunyi, grafik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. 



No comments:

Post a Comment