Thursday, September 30, 2010

TEORI PAVLOV

 

Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).  Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan

Peralatan Eksperimen Pavlov

Sebelum Pelaziman

RTT (makanan)  >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT   (loceng)     >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman

RT (loceng)  >>>>>>>>> GT (keluar air liur)



1 comment:

  1. merit casino - Xn--o80b910a26eepc81il5g.online
    online, free 제왕카지노 casino 메리트카지노 casino slot machine game, jackpot slots casino real 온카지노 money, free casino casino slots,

    ReplyDelete