Tuesday, September 28, 2010

DEFINSI TEKNOLOGI

Definisi Teknologi
Teknologi mengikut Finn (1960), Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud
. Teknologi sebagai proses penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal.
.  Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji
.  Teknologi sebagai produk atau bahan. Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, perisian adalah hasil teknologi
Menurut Saettler (1990)
Teknologi bukan bererti penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik
 . Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan
Crowell, 1971 : Encyclopedia of education
  Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.
n  Teknologi Pengajaran
Seels dan Richey, 1994, hlm 1)
‘  Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning
Teknologi Pendidikan
.  Ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran
Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
.  Alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran
.  Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar
. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya
.  Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan
.  Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri
Kepentingan teknologi pendidikan dalam p & p
.  Melicinkan P & P, fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan
.  Jimat masa, tenaga , wang
.  Mengelakkan rasa bosan pelajar, kekal minat, menghiburkan pelajar
.  Mengelakkan tidak faham/ salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar/menyentuh
.  Membetulkan kekeliruan/salah tafsir kerana memberi gambaran menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian
.  Melibatkan pelbagai deria. Penglibatan deria meningkatkan daya ingatan pelajar
.  Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar
.  Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum
.  Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh media bergerak memperkayakan pengalaman murid
Prinsip Teknologi Pendidikan
.  Sebagai alat bantu mengajar. Membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan
.  Digunakan untuk pengajaran bukan hiburan
.  Penggunaan mesti dirancang dalam tiga peringkat:
Sebelum kegunaan –rancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran
semasa kegunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran
Selepas kegunaan – merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian
.  Dipilih berdasarkan kesesuaian topik, objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal darjah
.  Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran sama ada pengenalan topik, penerangan konsep, kesimpulan topik pelajaran atau penilaian kefahaman terhadap topik
.  Digunakan mengikut masa yang sesuai – masa yang dapat merangsang pembelajaran
.  Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk
.  Selepas digunakan tanggalkan supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya
.  Setelah tamat pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas 

No comments:

Post a Comment