Thursday, September 30, 2010

KAEDAH ATAU TEKNIK PENGAJARAN.

  •   Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu dipraktikkan.(hlm. 47). Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang diguanakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan, guru juga boleh mnggunakan teknik penceritaan.

    • KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

    • ·         Kaedah kuliah / Syarahan

    • ·         Kaedah Perbincangan   kaedah terbahagi kepada 2 jenis iaitu perbincangan formal dan perbincangan tidak formal 
          

    • ·         Kaedah Projek – 3 jenis iaitu projek pengeluaran, projek pengguna, projek latih tubi.

    • ·         Kaedah menyelesaian masalah- pelajar diberi satu atau lebih masalah dan mereka
        diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    • ·         Kaedah Dapatan
        - mencabar pelajar mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkaptentang sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru.
    • ·         .Kaedah permainan. Kaedah ini digunakan oleh guru untuk memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pengajaran.
    • ·         .Kaedah main-peranan. Kaedah ini berbentuk lakonan dan dilakukan secara spontan, Lakonan /drama ringas ini melibatkan lebih daripada 2 pelajar.

    • ·         Kaedah simulasi. Dalam kaedah simulasi, pelajar menjalani proses pembelajaran dalam keadaan yang menghampiri keadaan sebenar.Dalam melakonkan aktiviti tersebut, pelajar akan merasai situasi yang sebenar dan akan betindak mengikut apa yang terhasil daipada aktivti yang mereka lakukan

    No comments:

    Post a Comment